MY STRENGTH

“Allah does not burden anyone, except with something within its capacity; beneficial for it is the virtue it earned, and harmful for it is the evil it earned.(Al-Baqarah, 2:286)”


"Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest."(Qur'an|13:28)


"And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners."(Surah Al-Imran, 3:54)

Friday, 30 August 2019

Blessed and grateful.

Assalamualaikum,

Salam Kemerdekaan Malaysia ke-62.

Aku bersyukur masih berpijak dan bernafas di bumi bertuah yang masih aman.

Aku bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja.

Aku bersyukur suami di perantauan masih dapat pulang walaupun jarang-jarang, tetapi hidup, bernyawa dan masih masih sempurna.

Aku bersyukur mempunyai anak-anak yang menceriakan dan memberikan bunyi dan warna dalam hidup.

Aku bersyukur setelah apa yang aku usahakan sepanjang pengajian Master ni, keputusan sangat-sangat memberansangkan.

Aku bersyukur walaupun tidak mempunyai banyak kawan, tetapi kawan yang rapat dan banyak membantu tetap setia.






Kadang-kadang orang di sekeliling aku seakan-akan tak mengerti. Seolah-olah hidup ini perlu sentiasa mengikut kehendak hati.

Kadang-kadang tidak mereka dan aku sedari. Dunia ini selain berpandukan usaha dan doa, ia tetap diketuai oleh takdir dari Nya.





Bersyukurlah. Kurangkan rungutan. Lihatlah setiap perkara dalam sudut positif. Dan jangan sentap di kala yang lain meluahkan rasa yang sudah lelah akan rungutan yang tidak pernah berkehabisan.





Berpada-padalah dalam merungut.
Berpada-padalah dalam meluahkan rasa.
Berpada-padalah dalam mengikut kehendak hati.

Ingatlah Tuhan itu menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya.
Lalu apa lagi yang kau mahu rungutkan? Berlebihan.









Syukur syukur syukur.
Setidaknya tidur malammu masih mendengar nafas pasangan di sebelahmu.
Setidaknya setiap malamku masih diakhiri dengan ucapan sayangnya.
Walau hati jarang tenang tatkala kapalnya belayar memecah lautan.
Tetap kusyukuri sekurang-kurangnya separuh dari dirinya masih bersama denganku sentiasa.








Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.







Moga peringatan yang kutulis sendiri ini akan kubaca bila tiba masa aku tenggelam dengan kehendak ku sendiri yang melebihi kehendak ilahi.






-adios-

No comments:

Post a Comment

thank you very muchooo!