Hai 2026!!! Just feel to write something here today. Coz my mood is not ok probably because redflag of the month is coming over really soon.
Anyway, we are now currently in a new place. Husband is back at work, and kids are back at school, new school. Today marks their 4th day in new school.
So today, as I'm waiting for Zaheen to finish his class (as tahap 2 balik lambat sikit), this one parent asked in Nadzmin's class whatsapp group asking for "Salam..Ibu NASDMIN Boleh Tak Dm Sy Kejap 😊". I was like dah la eja nama anak aku salah padahal baru je atas tu aku isi list nama murid yang dah update Idme. And mind you I already letak member tag nama Nadzmin dalam group tu so obviously SHE CAN DIRECTLY PM ME. Entah apa motif. Pffft.
Anyway, I tried to be cool & Pm-ed her. Cut story short. Dia cakap Nadzmin selalu kacau anak dia dalam kelas sejak hari pertama Nadzmin masuk kelas. Noks, anak aku baru masuk situ 4 hari. I politely answered, "Anak saya baru masuk tak sampai seminggu puan. Boleh saya tahu dia kacau macam mana?". Dia jawab, ya betul K** cerita Nadzmin baru masuk. Dia jawab lagi panjang eh sis pendekkan lebih kurang je la. So, menurut mak dia, hari ni K** masuk kereta terus nangis-nangis and kata Nadzmin pukul-pukul bahu dia guna pensel dan tuduh dia gunting pemadam sedangkan dia tak buat pun. Dan K** ni selalu di"kacau" oleh Nadzmin sejak hari pertama Nadzmin masuk tapi pendam je taknak cerita kat mak dia. KATANYA BEGITU YA.
Mind you my face was all hot & red and I panggil Nadzmin right away. We were at school at that moment sebab memang everyday me, Nadzmin & Miyaz tunggu Zaheen keluar dekat area tempat duduk banyak-banyak dalam school tu. So i asked the whole story sebab knowing Nadzmin, dia memang sangat menjaga barang dia. Sangat menjaga yang I rarely topup his pencils unless memang dah pendek. Stationeries lain memang sampai hujung tahun elok lagi dia jaga. So I wonder what happen actually.
Nadzmin buka cerita. Tadi tu K** nangis dekat sekolah masa Ustazah PI mengajar. Punca? Nadzmin ada sampah kertas macam gumpalan kertas tu bawah meja. Dia memang akan kumpul sampah & once cikgu dah keluar baru dia buang kat tong sampah. So K** ni ambil sampah Nadzmin dan koyak-koyakkan sampah tu. Nadzmin marah dan tak bagi lah sebab kan ustazah tengah mengajar. Budak depan meja diaorang ni pulak nama U** panggil ustazah "Ustazah tengok ni diaorang main!!!". Ustazah datang dan marah tanya sampah siapa. K** kata sampah Nadzmin. Dan ketika itu juga Nadzmin diarahkan membayar seringgit kepada ustazah (ustazah ni guru kelas) sebab denda buang sampah. Nadzmin akur. Si U** tu gelak-gelak angkat ibu jari. Tapi K** ni menangis pulak taktau la sebab kena marah ustazah atau sebab si U** tu gelak-gelak. Aih la haku. I asked Nadzmin juga insiden pemadam tu. Nadzmin kata pemadam tu terpotong dua, macam kena gunting taktau siapa buat buat. Nadzmin tanya K**, K** mengaku dia cuma kutis pemadam tu guna jari, tapi dia tak potong. Nadzmin bebel-bebel marah. Itu je. Cerita pukul-pukul bahu pakai pensel tu, Nadzmin kata dia tak buat. Tapi sebagai ibu, I knew that was spontaneous random behaviour yang dia selalu buat even kat rumah. Dia buat, tapi dia tak sedar. Tapi dia buat pun bukanlah pukul, ketuk-ketuk slow gitu tapi difahami, sesetengah orang memang tak selesa. Biasanya random je dia buat sambil-sambil boring. Hrm...
So I texted mak K** the whole story. Terkejut la dia anak dia main sampah meja Nadzmin. Baru la nak mintak maaf bagai and kata K** ni sensitif sikit gaduh dengan adik pun dia yang nangis yada yada. Mak dia juga bagitau dah pesan kat anak dia yang mungkin Nadzmin nak bergurau dengan anak dia yada yada. I apologized too because Nadzmin juga ada salahnya. Kadang bergurau tak kena tempat. And I adviced her too to give time and space for the kids to know each other.
Habis cerita itu. Tapi bukan cerita yang ada dalam hati aku. Izinkan aku venting out all the emotion I have right now.
First of all, the AUDACITY to call me out in class group whatsapp then msg me about my son's behaviour while YOUR SON adalah punca yang buat anak aku kena denda. Dah la duit tu dia simpan nak buat beli air favourite dia yang dah 3 hari dia mintak dengan aku tak dapat sebab aku takde cash dan situ takde QR. Tiba-tiba hari ni dia dah kumpul duit, nak kena bayar denda sebab YOUR SENSITIVE SON, tu ambil sampah yang memang dia simpan untuk buang later sebab ustazah tengah mengajar. OMG GERAMNYA AKU!
Second of all, ANAK-ANAK AKU BARU PINDAH AND SEKOLAH TAK SAMPAI 100 JAM LAGI WOI. Baru nak beradaptasi and then you msg me and tell me all those things without comforting & telling YOUR SON, that Nadzmin is a new student & might need time to adapt & trying to make friends with you. Instead, you chose to PM-ed parents sebab kononnya anak you kena buli. Now siapa buli siapa? Pfffftttt. Si K** ni pula sebulan ni duduk sorang takde member kat sebelah. Bila Nadzmin masuk, kena duduk sebelah pulak, of course la baru nak kenal-kenal. Pulaknya baru kenal 4 hari, hang expect orang tau ka anak hang sensitive. Omg...
Third, selama sekolah dari tadika, Nadzmin la yang paling takut cikgu marah & suka berbaik dengan cikgu. Dia HORMAT cikgu dan aku sendiri yang ajar jangan berjalan dalam kelas hatta nak buang sampah sekalipun. Tunggu cikgu keluar dulu. Itu semua ajaran aku. Aku ni bukanlah nak menangkan anak. Last year, cikgu pernah bagitau yang anak aku start ejek-ejek orang sejak berkawan dengan geng-geng yang sedikit nakal. Balik je terus kena brainwash ya dengan makpak dia. Siapa yang kenal aku betul-betul tau la macam mana garang and tegasnya aku bab-bab ni.
Fourth, sebagai parents, soal selidik betul-betul dulu la anak tu sebelum message parents lain konon nak mengadu anak orang buli anak kita. Mind you ya, Zaheen masa darjah 1, pernah kena tampar dengan kawan dia sampai hidung berdarah hanya sebab Zaheen taknak berganjak dari seat dia lepas disuruh oleh budak tu (seat budak tu kena cahaya matahari). Benda ni berlaku masa perhimpunan dan pengawas & cikgu yang jaga nampak depan mata ya budak tu tampar Zaheen. Masa tu aku fikir-fikir juga nak message parents ke tak last-last aku decide takpayah sebab aku risau kalau dia boleh tampar budak lain kat sekolah, taktau apa yang dia lalui kat rumah. Kang silap langkah, kesian budak tu. Tapi aku husnudzon mungkin pengaruh tv kot atau mungkin tak sengaja. Instead of message parents, aku tunggu Zaheen depan pintu sekolah dan bila Zaheen sampai, aku tanya dia yang mana satu nama Z**. Zaheen tunjuk. Aku suruh Zaheen beli apa-apa dulu. Z** tu keluar aku saja buat-buat tanya. Cukup satu soalan, awak Z** kan, kawan Zaheen?. Dia angguk dan nampak takut. Aku senyum je & cakap belajar and kawan elok-elok. Teka apa jadi selepas dari tu. Tiap hari dia yang panggilkan Zaheen kalau nampak aku kat depan gate sekolah. Later hujung tahun dah jadi bff.
Cerita dia tuan puan, tak salah anak tu mengadu. Tapi jadi parents tu, jangan lah too defensive sangat sampai sikit-sikit nak msg parents lain. Cuba kentalkan hati anak tu sikit instead of asal anak ngadu, parents pulak kalut nak selesaikan. I mean, come on!! Bagi la motivasi kat anak tu sikit. Hidup ni macam tu lah. Anak tu tengah belajar berkawan, biasalah ada pasang surut.
As for Nadzmin, mula-mula aku rasa nak marah juga then bila aku tau cerita sebenar, aku cuma pesan, hati-hati bila berkawan. Dah tau si K** ni sensitive, bercakap bila perlu ja. Cuba cari kawan lain yang lebih helpful dan nak berkawan dengan kita. Dia sedih seringgit kena bayar denda, but I told him. Itulah hidup, kadang kita tak salah pun orang salahkan kita. And kadang, memang bukan rezeki kita walaupun kita dah prepare. I guess tomorrow I'll buy him air favourite dia tu.
As a mother, aku tak bela kalau anak aku bersalah. Tapi penting untuk aku tahu keseluruhan cerita untuk ambil konteks and buat tindakan. Penat tau. Ni dah sekolah keempat dieorang sepanjang SK. Tak pernah hadap isu macam ni, especially for Nadzmin. Tak apa lah Nadzmin, jom la sabar sama-sama. Mommy pun geram but always believe Allah sent us lesson to make us strong & make our mind open to see many kind of people. InsyaAllah ada ganjaran dari kesabaran hari ini walaupun aku memang tak boleh pendam sebab urghhhhh it hurts my son, my pride and ego as a mother too.
As for kids, mommy will always defend you if you do the right things. But if you're doing bad things, then I will never defend you, but I will always be with you as long as you admit you are wrong & really want to change for the better. You guys are my amanah. And please remember I dont scold you because I hate you. I just want you to be a good muslim with good manners and remember, I will always love you Zaheen, Nadzmin & Miyaz!
Done ranting. Dah almost 2 hours aku tulis ni. Semoga esok hati lebih tenang lepas luahkan di sini. Amiiin.
-adios-
No comments:
Post a Comment
thank you very muchooo!