Esok cuti yeehaa! Anyway, saja nak tulis. Tadi ada kawan share pasal cerita Bilal bin Rabah kembali ke Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW dan laungkan azan. Tengah-tengah laungan tu dia tak mampu nak teruskan sebab terlalu rindu kat Rasulullah SAW.
Bila baca tetiba dia ada datang satu perasaan ni. Yes, perasaan rindu kat Nabi. Sangat magic perasaan tu. Rindu pada orang yang kita tak pernah jumpa langsung, cuma dengar cerita dan baca kisahnya sahaja. Tapi Allah Maha Besar. Diberikan kita rasa rindu tu pada kita supaya kita ingat, dan kita yakin akan segala kejadian yang Dia dah jadikan. Allahuakbar. Sungguh magic.
Semoga satu hari nanti kat akhirat kita semua dapat bersua muka dengan Nabi Muhammad SAW. Mesti best gila. Tapi dengan syarat kena banyak buat amal kebaikan dulu. Always need to improve myself and struggle and striving for Jannah so that one day I can have all I want including this super dream of mine, to meet Rasulullah SAW.
Anyway, sempena maulud ni, mari banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.
Salam Maulidurrasul dari Anna, Joey, Zaheen & Nadzmin.
-adios-
Sent from android
No comments:
Post a Comment
thank you very muchooo!