Assalamualaikum,
Ok nak cerita pasal girl crush. Aku ni sejenis yang suka benar tengok orang lawa. Maksud lawa di sini adalah tengok dia beratus juta kali pun tak rasa boring dan position apa pun muka dia orang candid tetap nampak lawa.
Gila takde kerja aku post pasal ni. Jarang yang amat aku buat entry pasal retis. Haha.
Anyway, top 5 persons yang aku ada girl crush on (later aku buka laptop aku masuk gambar skali) :
1. Song Hye Kyo - Beliau ni memang dalam hierarki tertinggi la. Girl crush since aku form 2 lepas tengok cerita Autumn in My Heart. Lepas tu Hotelier, Full House and latest adalah Descendant of The Sun. OMG feeling sangat cerita DOTS tu! Askar kahwin dengan doktor la katakan. Haha. Dia ni lawa gila walaupun kalau google ada la sikit-sikit die buat plastic surgery, tapi tengok muka dia masa kecik pun actually tak berubah mana. Tetap comel and lawa gila cenggitu. Beliau ni juga baru berkahwin dengan Song pemende ntah (tak minat pasal jambu sangat haha), yang juga hero cerita DOTS tu.
2. Syafiqah Aina - Beliau ni baru kahwin. Viral dengan kisah romantik yang super membazir bagi aku (lantak korang ler asal korang bahagia). Namun, wajahnya itu tak pernah bosan aku tengok. Kalau scroll gambar IG husband dia, ada gambar masa dia belum jadi model segala lagi, tetap lawa dan comel. Tapi dari pemerhatian aku, dia memang baiki gigi sket, and eyebrow of course. Nevertheless, dia memang cantik takleh nak cakap apa.
3. Fazura - Beliau baru nikah dengan si Fattah Amin(OMG, why so many girls minat sangat mamat tu, tobat bukan taste aku walaupun dia and family dia aku suka - eh kisah pulak kau pasal family dia kwang kwang kwang). Anyway, bakat Fazura berlakon memang tak boleh dinafikan. Seawal penglibatan dia dalam industri seni negara aku dah follow. Masa aku tingkatan/darjah berapa ntah dia pernah jadi pengacara rancangan kanak-kanak english kat TV2. Pastu dia berlakon filem pemende ntah, Bicara Hati ke apa, kuar interview dalam Wanita Hari Ini. Masa tu semua macam siapakah makhluk ini. Tapi aku rasa nama dia kaw-kaw naik masa filem Gol & Gincu kot? Apa-apa pun dia ni berlakon memang superb macam real dan muka dia tak pernah bosan tengok, walaupun nyanyiannya haruuuu seperti nyanyian suaminya.
4. Dian Sastrowodoyo - Siapa yang tengok Ada Apa Dengan Cinta memang kenal sangat la dengan watak Cinta ni. Gila dia ni memang lawa gila walaupun masa dalam filem AADC 1 tu agak-agak berkarat sikit pasal ye la jadi budak sekolah kan. Tapi tetap comel gila. Ni dah jadi mak-mak pun still lawa. Berlakon pun tiptop. 5 tahun lebih aku kat Indonesia tak pernah dengar sangat gosip liar pasal dia. Well behave and sekali lagi, gila cun dia ni. Agaknya hari hari telan jamu, tak pun telan STMJ. Wakakaka.
5. Norjuma - Beliau ni dahulunya adalah pengacara Nona. Pernah berkahwin dengan seorang ternama dan menubuhkan brand tudung bawal Aidijuma, yang mana masih meletop sehingga ke hari ini. Muka dia memang tak boring tengok. Walaupun lepas beranak anak first viral gambar dia tembam gilos. Tembam-tembam dia pun now dah kurus noksss. Aku jugak masih begini. Wakakaka. Nanti tengok la gambar dia masa kahwin ya Rabbi apa jenis comel la ini orang.
Sekian sahaja lalutan malam hari. Berjumpa lagi kita di lain hari.
-adios-
Sent from android
No comments:
Post a Comment
thank you very muchooo!